Pendaftaran : hubungi Us Mohd Zamri 013-4511345.
Sunday, November 14, 2010
PBC KULIM DISEMBER 2010
Sunday, November 7, 2010
PBC KULIM NOVEMBER 2010
Tahniah kepada Pengarah Program Ku Azhar Ku Yahaya, semua urusetia yang terlibat, para PJS terutama PJS Ustazah Siham Mohd Hashim & PJS Asnah PK Mustafa yang merupakan penggerak utama, Fasi dan kesemua 20 orang peserta yang hadir dalam program tersebut.
Antara yang mengisi slot di program tersebut adalah PJS Syed Salahuddin Sye Mahayaddin (Kenali Syarikat), PJS Razak Ibrahim (Pelan Pemasaran), PJS Aseri Hanapiah (Gerakerja 6M), PJS Us Mohd Zamri bin Bakar (Produk Pilihan), PJS Noormah Zainol (Saraf Tapak Tangan) & PJE Us Syamizam Ibrahim (Halal Haram).
Program turut dimeraihkan dengan kehadiran PJS Nadzri Ahmad, PJS Sabri Ahmad & PJS Noorhyzad Kassim yang mengisi slot Motivasi Bersama Pemimpin. Turut mengisi slot PJ Misbahah Mohd Idris (Motivasi) & PJ Normala (Demo Produk).
Program Qiamullail & Kuliah Subuh dikendalikan dengan jayanya oleh Us Ahmad Zakir. TAHNIAH UNTUK SEMUA.
Friday, October 29, 2010
PBC KULIM NOVEMBER 2010
Antara penceramah yang akan mengisi slot pada program tersebut ialah : PJS US MOHD ZAHIR GHAZALI, PJS MOHD NADZRI AHMAD, PJS SYED SALAHUDDIN SYED MAHAYADDIN, PJS NOORHYZAD KASSIM, PJS NOORMAH BT ZAINOL, PJS ASNAH BT PK MUSTAFA & PJ US SYAMIZAM IBRAHIM.
Pendaftaran boleh dibuat melalui HPA Halal Mart, Kulim atau terus kepada Pengarah Program PJ KU AZHAR KU YAHAYA 013-4334883. Bayaran pendaftaran adalah sebanyak RM 160.00 sahaja.
Saturday, September 25, 2010
MAJLIS AIDILFITRI KOMUNITI KULIM
Antara Pemimpin yang hadir PJS Cikgu Nadzri, PJS Noormah, PJS Siham, PJS Asnah Mustaffa, PJS Muzzaffar dan Isteri serta Pemimpin PRA PJS, Para fasi dan pengedar di sekitar Kulim.
Majlis dimeriahkan dengan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, pertandingan memasak menggunakan produk HPA dan pertandingan Kopi Radix Tarik.
PERTANDINGAN KOPI RADIX TARIK
HAKIM SEDANG MENILAI
HADIAH YANG DISEDIAKAN
PEMENANG RADIX TARIK
Sunday, September 19, 2010
MAJLIS AIDILFITRI KOMUNITI KULIM
Hari : Selasa
Tarikh : 21 September 2010 bersamaan 12 Syawal 1431
Masa : 6.00ptg -10.00 malam
Tempat : HPA Halal Mart, KULIM
Acara menarik untuk disertai :
1. Pertandingan Mewarna (untuk kanak-kanak)
2. Pertandingan Kopi Radix Tarik
3. Pertandingan memasak.
Semua PJS, Leader, ahli, staf dan pengurusan HPA dijemput hadir
Saturday, August 7, 2010
MAJLIS BERBUKA PUASA & SUMBANGAN KEPADA ANAK YATIM
Tarikh : 24 Ogos 2010 / 14 Ramadhan 1430
Tempat : HPA HALAL MART, KULIM
Tarikh : 29 Ogos 2010 / 19 Ramadhan 1430
Tempat : HPA CAWANGAN PARIT BUNTAR
Anjuran : KPU Komuniti Kulim / Parit Buntar
Majlis akan bermula pada pukul 5.00-5.30 petang untuk pendaftaran dan diikuti dengan aturcara yang disusun :
1. Ucapan
2. Sumbangan kepada anak-anak yatim
3. Majlis Tahlil
4. Berbuka Puasa
5. Solat Tarawih berjemaah
6. Tazkirah
7. Bersurai
Pihak KPU Kulim / Parit Buntar menyediakan kupon kutipan untuk majlis tersebut bernilai RM 5.00 untuk satu kupon. Sumbangan tuan/puan amat dialu-alukan.
Dijemput semua PJS, Pemimpin & Ahli-ahli HPA untuk hadir. Maklumkan kehadiran anda untuk penyediaan juadah berbuka puasa.
Hubungi :
PJ Roslan bin Shuib 013-4230873 (KULIM)
PJ Abu Bakar bin Abd Rahman 019-4731064 (PARIT BUNTAR)
Sunday, May 30, 2010
HPA HALAL MART KULIM
Tuesday, March 23, 2010
Shark Cartilage
Dalam buku Jawi Med Herb 1, saya telah nyatakan bahawa Shark Cartilage yang dihasilkan oleh HPA tidak sama kerana ia memasukkan sejenis pokok terung yang dikenali dengan "Solanum Album". Sinergi ini hanya biasa digunakan oleh keluarga kami dan tidak pernah saya temui pada produk Shark yang lain. Ini perlu saya jelaskan kerana ada setengah pihak mendakwa bahawa HPA menggunakan ramuan Shark seperti produk produk yang lain di pasaran. Penggunaan Shark dalam perubatan telah digunakan oleh datuk saya dan diperturunkan ilmu ini kepada bapa saudara saya (Hj Mat) dan seterusnya pada saya.
Dipetik daripada blog Tuan Hj Ismail Hj Ahmad
Kursus Diagnosis Cara Mudah dan Tepat
Kursus ini lebih khusus kepada mereka yang telah pun mengikuti program PIC, Iridologi, Bekam, Reflexologi dan seumpamanya. Penyertaan hanya dibuka kepada 100 orang sahaja dan masa kursus 2 hari 1 malam.
Tidak ada alatan digunakan untuk merlakukan diagnosis, hanya memahami dari perubahan zahir tubuh sahaja. Mereka yang berminat boleh menghubungi saudara Hafiz (019-4749717) atau Suhairi (013-423 9717).
Dipetik daripada blog Tuan Hj Ismail Hj Ahmad
Friday, March 19, 2010
Teh Manjakani dan Moments
TEH MANJAKANI
Wanita yang elok rahimnya tidak menghadapi masalah keputihan, sakit pinggang ataupun imbalance hormon. Ianya bukan hanya untuk wanita selepas berkahwin tetapi ia boleh digunakan sejak dari kedatangan darah haid pertama. Ini adalah bagi mengelakan sesaorang wanita terdedah dengan pelbagai penyakit akibat dari himpunan bahan kimia yang merbahaya dalam tubuhnya.
PRODUK BARU : MOMENTS
Masyarakat yang jahil dengan herba sering menyatakan herba tidak elok diamalkan oleh anak dara sedangkan membiarkan mereka mengambil bahan kimia terus menerus tanpa hentinya. Kefahaman ini perlu dibetulkan agar kita dapat mengurangi pelbagai penyakit degeratif yang berlaku dalam masyarakat hari ini.
SINERGI YANG BERKESAN
Seseorang pesakit perlu diberikan herba yang betul mengikut herba khas untuknya seperti Darah Tinggi diberikan Vitex, Kencing Manis diberikan Plantisol dll (mengikut sakit yang dideritai). Namun begitu sinergi sangat-sangat diperlukan bagi menjadikan perawatan itu berkesan.
Dalam hukum sinergi perlu dimasukkan herba ubatan seperti di bawah:-
1. Vitamin C - Ianya amat perlu membolehkan herba itu berkesan cth roselle.
2. Pelawas - Bagi mendapat kesan penggunaan herba yang berkesan, usus perlu bersih dengan menggunakan kapsul Pelawas, Minuman Asiatika atau Minuman Herba.
3. Madu - menguatkan semua herba yang digunakan bersamanya dengan kehaziran enzim.
4. Omega 3 - produk ikan yang akan mengandakan kekuatan herba 13 kali ganda
5. Mengkudu - ubatan tidur bagi membolehkan herba bertindak lebih efektif.
Jadi jika mahu lakukan sinergi tambahkan dengan herba-herba seperti di atas. InsyaAllah berkesan. Anda boleh menambah lagi 2 lagi sinergi iaitu herba untuk jantung (Habatussauda’) dan herba untuk ginjal/buah pinggang (Malac). Inilah keistimewaan Perubatan Jawi InsyaAllah. Amin.
Thursday, January 14, 2010
PENAPIS AIR & KRISTAL MINERAL DEW
KOD PRODUK : AH04
NAMA PRODUK : PENAPIS AIR DEW
HARGA PENGEDAR : 750.00 (S/M), 850.00 (S/S)
HARGA PENGGUNA : 900.00(S/M), 1000.00 (S/S)
NILAI MATA : 50
Katrij Dew bebas dari unsur-unsur penggunaan tulang haiwan, hanya menggunakan tempurung kelapa sebagai bahan gantian tulang haiwan.
Formula kandungan setiap katrij di dalam berbeza dan tiada syarikat lain yang boleh menciplak sukatan dan ukuran bahan tersebut dalam katrij. kajian hampir 7 tahun untuk menghasilkan penapis air Dew yang berkualiti.
Sesetengah penapis air di pasaran, tempoh hayat gantian katrij dalam 1 tahun mencapai sehingga RM300.00 hingga RM400.00 setahun dan melibatkan 2 atau 3 katrij dalam setahun, sedangkan Penapis Air Dew hanya memerlukan belanja RM98.00 untuk tempoh 1 tahun pertama. Harga katrij yang murah dan mampu dimiliki.
PH air yang hampir menyamai air Zam Zam.
Boleh membantu menyelesaikan pelbagai penyakit seperti sakit-sakit sendi, sel kanser, darah tinggi, kencing manis, batu karang, gout, membantu meneutralkan asid dalam badan dan sebagainya.
Penyelenggaraan yang mudah dan murah kerana tidak menggunakan elektrik.Penapis Dew telah melalui ujian makmal Sirim.
Air Dew boleh diminum tanpa was-was dan boleh digunakan sebagai air penawar untuk tujuan perubatan.
KAJIAN MAJLIS AIR ANTARABANGSA
Kajian para saintis menyatakan pelbagai penyakit berpunca dari sel tubuh yang berasid dan ia terbentuk dari pemakanan seharian kita.
Mineral berakali yang terdapat didalam air minuman boleh membantu meneutralkan sisa buangan berasid sebagai pencegahan terhadap pelbagai penyakit seperti gout, kencing manis, sakit sendi dan sebagainya termasuk kanser.
Ini diakui oleh seorang doktor bernama Dr.Mona Harrison MD pengarah Majlis Air Antarabangsa mengatakan sel kanser mati dalam air beralkali, virus dan agen jangkitan lain tidak boleh hidup di persekitaran alkali dan air beralkali baik untuk insomnia dan Colic.
Sel yang sihat akan bersifat alkali dan sel yang rosak atau tidak sihat bersifat asid.
MENGAPA MEMILIH PRODUK PENAPIS AIR DEW
Ini diakui oleh seorang doktor bernama Dr.Mona Harrison MD pengarah Majlis Air Antarabangsa mengatakan sel kenser mati dalam air beralkali, virus dan agen jangkitan lain tidak boleh hidup di persekitaran alkali dan air beralkali baik untuk insomnia dan Colic. Sel yang sihat akan bersifat alkali dan sel yang rosak atau tidak sihat bersifat asid.
Apa yang menjadi masalah ialah harga tunai di pasaran Penapis Air terlalu tinggi sehingga mencapai RM2,000.00 harga tunai dan kos penyelengaraan yang mahal berbanding penapis Dew yang lebih murah dan berkualiti tinggi
....Dew WATER berupaya memulihkan penyakit migrain, darah tinggi, kencing manis, gout, gastrik, buasir, batu karang, kanser payudara, kanser pangkal rahim, hepatitis A, hepatitis C, lelah, sakit urat, masalah mental, mengurangkan masalah syndrom down dan berbagai penyakit lagi...
Sunday, January 3, 2010
KOWAHIDA SERAH ZAKAT RM250 RIBU KEPADA MB KELANTAN
YB Tuan Guru Menteri Besar amat kagum dan terharu dengan pencapaian HPA dan berharap HPA akan terus berkembang maju. Tuan Guru berjanji akan merasmikan RCH di Kota Bharu apabila tiba masanya nanti.