Thursday, February 19, 2009

SABUN CLAY

Sabun ini telah mula memasuki pasaran MLM dan mendapat pemintaan yang tinggi.Tanah liat putih yang dijadikan bahan campuran dalam sabun ini menjadi ubat yang baik terutama untuk sakit-sakit kulit seperti ekzema, gatal-gatal dan lain-lain lagi.

Penggunaan tanah liat putih(clay) adalah antara 3 - 10% namun bagitu memberikan kesan yang cepat pada penyakit-penyakit tersebut. Ekzema adalah sejenis penyakit kulit yang sukar diubati dalam pengubatan moden tetapi mudah diubati dengan penggunaan sabun clay ini. Pada peringkat awal sabun ini tidak di letakan pewangi tetapi keluaran baru telah di masukan pewangi yang boleh menyegarkan pengguna. Insyaallah.

Tanah liat putih juga akan dijual dipasaran dalam bentuk scrub badan tidak lama lagi dan ia memberikan pembersihan yang sebenar mengambil daripada kaedah fikh menyamak dengan 1 bahagian air tanah. Dari testimoni yang telah disampaikan terutamanya daripada leader-leader di utara menunjukan pemintaan sabun clay akan meningkat sekali ganda dipasaran HPA. Insyaalah.

PELANCARAN MLM SYARIAH

Pelancaran MLM Syariah akan diadakan pada 9 Mac 2009, Oleh Pengarah Urusan HPA, Tuan Ismail Bin Ahmad.

Program akan bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 2.00 petang, di Dewan Besar Lembaga Tabung Haji, Menara Tabung Haji, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Yuran Kehadiran RM15.00 (Tempat Terhad)

PJS, Leader Dan Ahli HPA Dijemput Hadir

Monday, February 16, 2009

AIS KRIM TAIYIBAH

Sesudah menanti sekian lama, ahli-ahli HPA kini akan dapat menikmati kesedapan aiskrim Halal tidak lama lagi. Kita namakannya dengan aiskrim "Taiyibah". Aiskrim halal tanpa gelatin yang akan bersaing dengan aiskrim bergelatin dipasaran.

Dari majlis "food testing"petang tadi 100% yang mencubanya menyatakan aiskrim ini merupakan yang terlazat yang pernah mereka rasai. Aiskrim Taiyibah juga merupakan satu-satunya produk muslim yang kini berada di pasaran mewakili ummah dan dijangka akan diperkenalkan dalam program MIHAS yang akan datang.

InsyaAllah, Majlis perasmian aiskrim Taiyibah akan diadakan bersamaan dengan seminar MLMS di Menara Tabung Haji, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada 9hb March 2009, mulai 8.00 Pagi hingga 2 Petang. Semoga kita dapat sama-sama menjayakan program ini nanti.

Saturday, February 7, 2009

KEHADIRAN DUA OKU PEMBAKAR SEMANGAT PBC KULIM

Dua orang Orang Kurang Upaya (OKU) cacat penglihatan hadir ke Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) yang berlangsung di Kulim Inn pada 7 dan 8 Februari 2009. Mereka adalah antara 50 peserta yang sama-sama hadir ke program tersebut dalam usaha memperjuangkan produk halal lagi baik.


Suasana Program PBC di Kulim Inn, Kulim Kedah

Kehadiran dua orang OKU membakar semangat para peserta


Menurut Pengarah PBC, Ku Azhar bin Ku Yahaya, program kali ini dihadiri beberapa pemimpin dari sekitar utara. Antaranya PJS Mohd Nadzri Ahmad, PJS Noormah Zainol, PJS Ustazah Siham Mohd Hashim, PJS Zainuddin Abdul, PJS Mohd Zamri Bakar, PJS Ustaz Mohd Ali Ismail, PJS Ismail Othman dan PJS Asnah Mustafa.


Sebahagian PJS dan fasilitator yang membantu PBC Kulim

Selain itu PBC kali ini dibantu oleh beberapa fasilitator terlatih. Antara yang hadir PJ Hezri Ariffin, PJ Ustaz Syamizam Ibrahim, PJ Zabri Ahmad, PJ Ustazah Saliza, PJ Misbahah Mohd Idris, PJ Nor Aziah Alias, PJ Wan Haslina, PJ Fatimah Bt Hashim. PJ Adlina Adenan, PJ Rusmina Ibrahim dan beberapa orang lagi yang turut membantu.
Suasana Qiyamullail dan Kuliah Subuh di dataran Kulim Inn

PERUBATAN JAWI

Sejarah Perubatan JAWI

Perubatan JAWI telah diasaskan oleh Tn. Haji Ismail bin Haji Ahmad. Perkataan JAWI diambil bersempena nama tempat kelahiran beliau iaitu Jejawi, satu daerah yang terletak di negeri Perlis.

Tn. Haji Ismail bin haji Ahmad merupakan seorang graduan dari Universiti Pertanian Malaysia (kini dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia) dalam bidang Pertanian (Kajian Botanikal). Berbekalkan pengalaman bertahun-tahun dalam dunia perubatan herba, serta hasil lawatan, seminar, workshop serta kursus-kursus lainnya ke pelbagai negara, beliau telah berjaya mewujudkan satu kaedah perubatan yang dinamakan sebagai ‘Perubatan JAWI’.

Kejayaan kaedah perubatan ini telah diakui oleh ribuan pengguna yang pernah mencuba dan mengamalkan herba ini. Atas usaha untuk merealisasikan Perubatan JAWI ini, akhirnya lahirlah Institut Latihan Herba Al-Wahida yang lebih dikenali dengan nama INTIBAH.

Pengertian Perubatan JAWI

Perubatan JAWI ialah suatu sistem perubatan menyeluruh (holistik) yang menggabungkan 2 sumber utama iaitu sumber alamiah dan ilahiyah. Perubatan ini berlandaskan kepada keyakinan yang kuat bahawa hakikat penyembuhan yang sebenarnya berasal daripada Allah S.W.T yang bersifat Asy-Syafii (Maha Penyembuh) serta ketepatan (kemujaraban) penawar menjadi pegangan.

Perkataan JAWI merujuk kepada:

J : Jejawi: Nama sebuah daerah kecil di Perlis, tempat di mana perubatan ini dikembangkan.

A : Alamiah: Bererti perubatan ini menggunakan bahan-bahan alami atau semulajadi sebagai salah satu sumber perubatan herba.

W : Wathan: Beerti negeri atau tempatan dalam Bahasa Arab. Ini bermaksud perubatan ini menekankan penggunaan bahan-bahan alami (semulajadi) yang berasal dari dalam negeri di mana penyakit itu dijangkiti.

I : Ilahiyah: Bererti meletakkan unsur-unsur Ilahiyah (ketuhanan) sebagai sumber perubatan. Jadi, perubatan ini bersumberkan dari Al-Quran dan As-Sunnah.

Sumber Perubatan JAWI

Konsep Perubatan JAWI merupakan konsep perubatan yang mengetengahkan dua sumber utama iaitu Ilahiyah dan alamiah. Ia berdasarkan pada sabda Rasulullah S.A.W :
“Gunakanlah dua penyembuhan : madu dan Al-Quran” (Hadis Riwayat Ibnu Majah dan al-Hakim)

Ahli herba melihat bahawa madu sebagai suatu sumber alamiah dan Al-Quran sebagai sumber Ilahiyah

Ilahiyah bermaksud bahawa segala penyakit yang berlaku datangnya daripada Allah S.W.T dan Allah S.W.T jugalah yang sebenarnya yang menyembuhkan penyakit tersebut. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W:
“Berubatlah kamu, kerana sesungguhnya Allah S.W.T yang menurunkan penyakit, Dia (Allah S.W.T) jualah yang menurunkan ubatnya.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Perawatan akan lebih berkesan apabila perawat sendiri mempunyai hubungan yang kuat dengan Allah S.W.T. Doa adalah intipati Perubatan JAWI, Tawakal merupakan Pelengkap, sementara Keberkesanan (kemujaraban) dan ilmu menjadi Asas Tindakan.
DOA –> ILMU –> TAWAKAL
Oleh yang demikian, sumber Ilahiyah memberi keyakinan bahawa hakikat penyembuhan itu dating daripada Allah S.W.T yang bersifat As-Syafi (Maha Penyembuh). Pesakit juga perlu didekatkan dengan Allah S.W.T melalui nasihat dan tuntutan beribadah serta menjauhi sifat-sifat mazmumah (tercela).
Alamiah ialah menggunakan semua sumber alam yang ada di atas muka bumi ini seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Kajian yang lebih luas kepada bahagian-bahagian tumbuhan seperti akar, batang, daun, kulit, buah, bunga dan bahagian tumbuhan yang lain.
Sumber alamiah menggunakan herba-herba yang terpilih mengikut disiplin herba yang teratur. Sejarah mencatatkan bahawa herba telah digunakan sebagai sumber perubatan sejak berabad-abad tahun yang lalu dan dianggarkan lebih dari 20,000 spesies herba telah digunakan di seluruh dunia.
Oleh yang demikian, konsep Perubatan JAWI ini sesuai dengan prinsip-prinsip perubatan dalam Islam iaitu :
1. Prinsip Keyakinan, iaitu yakin bahawa yang menyembuhkan adalah Allah S.W.T. Sehubungan dengan itu, dalam merawat pesakit, hendaklah dilakukan secara ihsan dan sesuai dengan syariat Islam (Al-Quran dan As-Sunnah).
2. Menggunakan ubat yang halal, thoyyib (baik) dan tidak sekali-kali menggunakan ubat-ubatan yang haram atau tercampur dengan bahan yang haram.
3. Prinsip perubatan yang tidak membawa mudharat. Perubatan itu tidak sekali-kali merosakkan tubuh, kecuali jika keadaannya sangat darurat dan tidak ada perubatan lain pada ketika itu.
4. Prinsip perubatan; tidak berbau tahyul, khurafat dan bid’ah.
5. Prinsip mencari yang lebih baik, berdasarkan kaedah Islam dan ilmu-ilmu perubatan.
6. Mengambil sebab melalui ikhtiar serta tawakal, juga selalu berikhtiar mencari yang terbaik.
SEBUAH KEJUJURAN…”SEKIRANYA ANDA MENDAPATI HERBA-HERBA KAMI BAIK & BERKESAN, HEBOHKANLAH UNTUK ORANG LAIN AGAR MEREKA SAMA -SAMA MENDAPAT KELEBIHANNYA & SEKIRANYA ANDA MENDAPATI TIDAK BERLAKU KESEMBUHAN, MAKA BERITAKAN KEPADA KAMI AGAR KAMI DAPAT MENCADANGKAN SESUATU YANG TERBAIK UNTUK ANDA”-TN HAJI ISMAIL BIN HAJI AHMAD, PENGARAH URUSAN I HPA INDUSTRIES SDN BHD
Ilmu Perawatan Dalam Perubatan JAWI
1. Bekam (Al-Hijamah)
2. Akupunktur
3. Kiropraktik (Rawatan Membetulkan Tulang Belakang)
4. Urut Refleksologi
5. Urutan Limfatik
Ilmu Diagnosis Penyakit Dalam Perubatan JAWI
1. Diagnos Saraf Tapak Tangan
2. Diagnos Anak Mata (Iridology)
3. Diagnos Lidah dan Denyutan Nadi
Nota: Semua kursus berkaitan dengan ilmu perawatan dan diagnosis penyakit akan dimaklumkan dari masa ke semasa melalui website ini. http://www.hpa.com.my/

Lokasi RFC yang akan dibuka


1. Cawangan Pulau Pinang (hujung March)
2. Cawangan Laguna Sungai Petani (awal april)
3. Cawangan Ipoh (awal april)
4. Cawangan Kulim (awal april)
5. Cawangan PJ (awal mei)
6. Cawangan Bangi (awal april)
7. Cawangan Kluang (awal mei)
8. Cawangan Kuantan (awal mei)
9. Cawangan Kelantan (awal april)
10. Cawangan Kangar (hujung march)

Perasmian RFC Cawangan ke 2, Shahab Perdana, Alor Setar, Kedah Darul Aman (Bangunan Stesen BAS Shahab Perdana) Pada 7hb Feb 2009, Jam 9.00 Pagi oleh Menteri Besar Kedah Darul Aman

PROGRAM PBC LAHIRKAN JUTAWAN HPA

Link : http://hpa.com.my/

PROGRAM PERKONGSIAN BIJAK CEMERLANG (PBC)

PBC DAN KEISTIMEWAANYA

A1-MEMBINA KEYAKINAN DIRI UNTUK MENJADI USAHAWAN HERBALIS MLM YANG CEMERLANG.

2-DAPAT MENGUASAI SEGALA ILMU DAN KEMAHIRAN DALAM BIDANG KEUSAHAWANAN MLM. AGAR DAPAT MERANCANG, MENGURUS DAN BERTINDAK MENGIKUT PLAN YANG DISEDIAKAN BAGI MENJURUS KEPADA BONUS 5 ANGKA SEBULAN.

3-MEMUPUK DAN MENERAPKAN KEKUATAN ROHANI BAGI MEMBENTUK JATI DIRI SEBAGAI USAHAWAN YANG BERTAQWA.4-MELAHIRKAN USAHAWAN YANG TAHAN LASAK, TABAH, BERDISIPLIN DAN MAMPU MENJADI PEMIMPIN JARINGAN YANG HEBAT.


APA PBC?

Menjana pendapatan 5 angka dalam masa 5 bulan dengan produk-produk halal HPA. Ketahui plan pemasaran Perkongsian Bijak Cemerlang HPA dengan 'product killer' kami iaitu Kopi Pra-campuran Radix.Serta beratus produk lain merangkumi produk keperluan harian, ubatan berasas herba, kosmetik, makanan kesihatan dll. Anda pasti terpegun dengan pelbagai pengetahuan herba kami. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Rebutlah untuk menjadi usahawan muslim yang berjaya. InsyaALLAH...


Mengapa perlu sertai Program PBC (Perkongsian Bijak Cemerlang)?

1. Automatik mendapat pangkat pertama dalam HPA iaitu Pengurus Melati atau PLX (20% kekal) tanpa melakukan penajaan.

2. Tidak perlu lagi melakukan pembelian terkumpul 1501NM dan melakukan penajaan untuk mendapat pangkat pertama Pengurus Melati (PLX).

3. Bimbingan dan tunjuk ajar oleh Usahawan HPA yang berjaya mencapai bonus bulanan 5 angka.

4. Dapat berkongsi rahsia kejayaan oleh bekas-bekas peserta PBC.

5. Modul program yang menarik dan berkesan.

6. Peserta terdiri daripada pelbagai lapisan dan latarbelakang pekerjaan termasuk golongan professional yang ingin menempa nama sebagai Usahawan HPA.

7. Mempelajari ilmu MLM dengan lebih mendalam daripada Usahawan HPA yang telah berjaya.

8. Dapat mengetahui bagaimana untuk menjana pendapatan 5 angka dalam masa 5 bulan melalui plan pemasaran era baru HPA.


Bagaimana hendak sertai program PBC ini?

1. Daftar menjadi Ahli HPA seumur hidup dengan bayaran cuma RM30 dan mendapaat Kit Niaga yang dilengkapi dengan katalog produk dan lain-lain dokumen.
2. Daftar sebagai peserta program PBC melalui penaja anda atau terus kepada penganjur PBC. Biasanya bayaran antara RM100 hingga RM180 sahaja untuk 2 hari 1 malam bergantung kepada tempat.
3. Membuat pembelian minima 300NM pada bulan yang anda hadir program PBC atau pada bulan hadapannya. Peserta program PBC boleh mengumpul 300NM sebelum ke program PBC di mana-mana agen stok.


Modul-Modul Dalam PBC....

1. Kenali Syarikat.
2. Asas Plan Pemasaran MLM Syariah HPA
3. Bagaimana Nak Berjaya - Gerak Kerja 6 M
4. Eagle Eyes Sponsoring
5. Plan Tindakan melalui LDK
6. Teknik Demo
7. Produk Pilihan
8. Diagnosis Penyakit Melalui Tapak Tangan.
9. Asas Perubatan JAWI
10. Qiamullail.
11. Kuliah Subuh.
12. Senaman Pernafasan.
13. Bacaan AlMaathurat.
14. Motivasi Niaga.

Pengisian PBC ini disampaikan oleh PJS dan mereka yang terpilih. Modul-modul ini menerapkan pelbagai ilmu MLM(S) HPA kepada pengedar-pengedar baru untuk memulakan langkah yang tepat dan cepat untuk menjana pendapatan 5 angka dalam masa 5 bulan.

Selain mensasarkan jualan produk-produk HPA di serata Malaysia, program ini turut mendedahkan keistimewaan herba-herba yang terdapat dalam produk unggul HPA iaitu Kopi Pracampuran Radix.

Para peserta akan didedahkan dengan cara-cara membuat ‘Demo’ atau ‘Homeparty’ yang berkesan dan ini akan disusuli dengan perbincangan dalam kumpulan yang dikawal selia oleh PJS untuk mendapatkan strategi pemasaran produk dan pengurusan masa yang betul.

Apa yang membuatkan modul-modul ini berbeza dengan perniagaan MLM yang lain adalah penerapan Islamiyah yang bermula dalam jiwa usahawan itu sendiri di mana ganjaran pasti menanti di hadapan di dunia mahupun di akhirat.

InsyaALLAH…Dapatkan jadual PBC terdekat melalui Cawangan HPA, Stokis HPA seluruh negara, Pemimpin HPA anda, atau dengan melayari laman web

1.WEb HPA : http://www.hpa.com.my/
2.Komuniti Zon Utara : http://www.pjskpu.blogspot.com/
3.Komuniti Zon Tengah dan Selatan : http://kpa2u.wordpress.com/
4.Komuniti Zon Timur : http://hpakpt.blogspot.com/

Pangkat HPA jika tanpa melalui PBC :

Pengedar Bertauliah (PB)
10% belian antara 0 NM - 500 NMPB
14% belian antara 501 - 1000 NMPB
17% belian antara 1001 - 1500 NMPLX
20% belian antara 1501 Nm ke atas...
PRX 23% perlukan 3 org pangkat PLX
PJX 26% perlukan 6 org pangkat PLX
PL 29% perlukan 2 org pangkat PRX dan 4 org pangkat PLX
PR 32% perlukan 4 org pangkat PRX dan 2 org pangkat PLX
PJ 35% perlukan 6 org pangkat PRX
PJE 35% perlukan 2 PJ (line berbeza)
PJI 35% perlukan 4 PJ (line berbeza)
PJM 35% perlukan 6 PJ (line berbeza)

Untuk keterangan dan info lebih lanjut, hadirlah ke PBC....