Tuesday, December 8, 2009

INSENTIF KONVEK HPA 2010

Insentif Ta’awun 2010
Pemulaan bulan insentif : Dis 2009
Penamat bulan insentif : Sept 2010

MATLAMAT
• Memudahkan pengedar memahami dan mengejar sasaran tersebut
• Mengaktifkan PBC dan memastikan upline melakukan proses pembinaan jaringan
• Menuju kearah pencapaian jualan RM 20juta (Malaysia Sahaja)SYARAT• HPA Mencapai jualan RM 20 juta (Malaysia Sahaja)
• Bagi semua kategori

JANGKAAN TARIKH KONVEK
• Disember 2010
• Lokasi akan diumumkan kemudian

INSENTIF

Katagori Pertama
• Terbuka kepada semua pengedar HPA yang berdaftar di Malaysia.
• Melakukan minima nilai mata peribadi 200NM selama 10 bulan tempoh insentif atau melakukan 2000NM hingga 2999.99 NM akumulatif.
Atau
• Melakukan minima nilai mata peribadi 300 keatas selama 10 bulan tempoh insentif atau melakukan 3000NM akumulatif
• Bagi yang baru mendaftar sebagai pengedar juga dimestikan melakukan jumlah akumulasi sebanyak yang disyaratkan.

Hadiah pasti adalah
1) 200-299 nm atau akumulasi 2000-2999.99 – pelaburan saham KOWAHIDA berjumlah RM300.00
2) 300 ke atas atau akumulasi 3000 dan ke atas - pelaburan saham KOWAHIDA berjumlah RM 500.00

Hadiah cabutan bertuah- 100 unit barangan elektrik – jenis pensonic
Grand Prize - 30 unit air Cooler atau yang setaraf yang bernilai RM1000.00

Kategori Kedua
• Terbuka kepada PB hingga ke Pengarah Meranti (status mulai Dis 2009)
• Melakukan maintain 300NM atau akumulasi 3000NM
• Mencapai pangkat Pengarah Jati ke Atas dalam tempoh bulan Insentif dan mesti mencapai bonus RM1000.00 semasa pangkat Pengarah Jati ke atas sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh insentif (tidak termasuk bonus agen stok).

Insentif merupakan pakej melancong ke Indonesia (Pulau percutian Makasar) selama 5 hari 4 malam untuk seorang atau pakej yang setaraf dengannya.

Top 20 Bonus tertinggi untuk kategori ini akan menerima pekej percutian ke Indonesia (Pulau Percutian Makasar) untuk 2 orang selama 5 hari 4 malam atau pakej yang setaraf dengannya.

Kategori Ketiga
• Terbuka kepada Pengarah Jati dan ke atas
• Melakukan maintain 350 NM atau akumulasi 3500NM
• Membina PJ di mana-mana aras selagi belum bertemu PJ dalam bulan Insentif. (Dis 09 – Sept 2010)
• PJ yang dibina mesti mencapai bonus minima RM1000 (Malaysia) dan Rp3juta (Indoneisa) sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh insentif (tidak termasuk bonus agen stok)
• PJ yang dibina hendaklah sekurang-kurangnya daripada 2 rangkaian yang berbeza

Insentif yang ditawarkan adalah bagi pencapaian mengikut kategori seperti berikut

Mencapai 2 Pengarah Jati : Pelancongan ke China (seorang)
Mencapai 3 Pengarah Jati : Pelancongan ke China (berdua)
Mencapai 4 Pengarah Jati : Umrah (seorang)
Mencapai 5 Pemgarah Jati : Umrah (berdua)
Mencapai 6 Pengarah Jati dan keatas : Haji (seorang)

Katagori Keempat
• Melakukan maintain 200 atau akumulasi 2000 NM
• Pengiraan bonus adalah dijumlahkan kepada purata perbulan.
1. Top 1 hingga 30 Bonus Tertinggi Malaysia (tidak termasuk bonus jualan stok) – nilaian hadiah RM 60 ribu.
2. Top 31 hingga 60 bonus tertinggi Malaysia (tidak termasuk bonus jualan stok) - nilaian hadiah RM 40 ribu

PASTIKAN SEMUA BERPELUANG UNTUK MENIKMATI INSENTIF YANG LUAR BIASA.

Friday, November 27, 2009

KOSMETIK LEMAK MANUSIA

Lemak manusia RM50,820 seliter, dijadikan sabun, pelincir, ubat dan krim kecantikan. Berlaku di Peru Lima, bagaimana penduduk tempatan telah dijadikan mangsa memperdagangkan lemak dan tisu manusia sebagai bahan kosmetik di Eropah.

“Lemak (manusia) itu dibeli oleh konspirator Itali sebelum dihantar untuk pengkomersialan ke makmal di Eropah, “ kata Pendakwa raya Jorge Sans Quiroz. Kes ini mula terbongkar berikutan penemuan sebotol lemak manusia yang cuba diseludup keluar dari bandar Hua-nuca Andes ke Lima baru-baru ini.

Pihak berkuasa perubatan telah dihubungi agensi berita The Associated Press berkata, lemak manusia digunakan sebagai agen antipenuaan tetapi sering didapati daripada ekstrak lemak pesakit yang menjani prosedur membuang lemak di bahagian perut dan dan punggung.

Pakar kulit Universiti Yale, Dr.Lisa Do-nofrio mendakwa, “ Ekstrak lemak manusia “ dapat membantu kulit menjadi segar.

“Ada risiko reaksi imunologi yang boleh membawa maut jika lemak manusia digunakan,” kata profesor dematologi Cornell Weill Medical College di New York, Dr. Neil Sadick.

Hati-hatilah kepada rakan-rakan seperjuangan inginkan kejelitaan, nampak menarik namun pemilihan komestik biarlah teliti, biarlah sah logo halalnya, kekadang sedap di mata, kesannya bukan sahaja haram tetapi kesan sampingannya memburukkan kecantikan.


Pilihan paling tepat ialah produk komestik HPA, Centella White untuk pilihan pengguna yang pentingkan halal lagi suci.

Friday, November 6, 2009

KAPSUL UBAT GELATIN BABI DICOP HALAL


Kira-kira 30 peratus daripada 100 produk kesihatan yang diuji di makmal Pusat Pengajian Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia (USM) tidak halal kerana menggunakan gelatin kapsul ubat dari khinzir.

Dekan Pusat Pengajian berkenaan Prof Madya Dr Syed Azhar Syed Sulaiman berkata kesemua produk yang diuji sejak setahun lepas itu dihantar oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan pengeluar produk bagi mengenal pasti sumber gelatin yang mereka gunakan."

Daripada 100 produk yang kita uji, sebanyak 30 peratus tidak halal dan menggunakan gelatin dari khinzir kerana ia lebih murah daripada gelatin lembu."

Bagaimanapun ini bukanlah menggambarkan keseluruhan pasaran gelatin kapsul di Malaysia kerana ada pengeluar yang terlibat bertindak menukar gelatin yang mereka gunakan kepada yang halal seperti gelatin lembu selepas dimaklumkan perkara berkenaan," katanya selepas satu sidang akhbar di USM di Pulau Pinang hari ini.

Gelatin adalah suatu campuran protein diekstrak daripada kulit binatang.

Syed Azhar berkata produk kesihatan yang diuji tidak halal itu memang terdapat di pasaran dan ia dijual sejak beberapa tahun lepas."

Ini yang kita bimbangkan kerana gelatin kapsulnya tidak halal dan produk berkenaan dikeluarkan sijil halal yang sah ekoran bahan utamanya halal," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap Kementerian Kesihatan mewajibkan pengeluar produk kesihatan menggunakan gelatin kapsul dari sumber yang halal.

Sementara itu, sekumpulan penyelidik USM yang diketuai Prof Madya Dr Gam Lay Harn berjaya menghasilkan kaedah yang pertama di Malaysia bagi mengenal pasti sumber bahan untuk gelatin kapsul ubat.

Dr Gam berkata dengan menggunakan teknik-teknik pengekstrakan dan pengasingan protein yang sesuai, pihaknya berjaya membangunkan satu kaedah pengenalpastian sumber gelatin sama ada daripada lembu atau khinzir.

Penyelidikan itu dibantu Zuraidah Mohd Zobir, Yap Beow Keat dan Lim Chu Ai.

Dr Gam berkata pada campuran yang mengandung 20 peratus gelatin khinzir atau lebih bagi setiap kapsul ubat, pihaknya 100 peratus yakin dapat mengesan kandungan gelatin tersebut.

Beliau menjangkakan kaedah yang telah memenangi beberapa anugerah di Malaysia dan luar negara itu mampu diterima di seluruh dunia terutama di negara-negara Islam kerana ia melibatkan produk halal dan haram. BERNAMA

Monday, October 19, 2009

STEVIA REBAUDIANA


Nama saintifiknya STEVIA REBAUDIANA bukan saja indah pada nama tetapi unik kerana khasiat dihasilkan daunnya boleh menggantikan gula. STEVIA merupakan pemanis semulajadi yang tidak mengandungi kalori dan ekstraknya mengandungi kemanisan 300 kali ganda lebih manis dari gula biasa. kajian mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu steviosid tidak mengandungi toksid boleh menurunkan tekanan darah dan baik untuk pengidap diabetis. Fakta daripada Dr. Julian Whitaker's (MD Health & Healing, Dicember 1994 , Vol 4 No 12) http://www.stevia.com/

KELEBIHAN EKSTRAK STEVIA

1. Mengimbangkan kandungan gula di dalam badan
2. Meningkatkan kadar tenaga kepada tubuh badan
3. Melicin & memutihkan kulit serta awet muda
4. Sebagai pemanis semulajadi sesuai untuk semua golongan lelaki & perempuan
5. Membantu menurunkan kadar gula dalam darah ( sesuai untuk pesakit : Diabetis & Hypoglycemia)
6. Membantu menurunkan tekanan darah
7. Membantu sistem penghadaman badan
8. Membantu mereka yang mengalamai masalah insomnia
9. Berupaya mengawal berat badan yang berlebihan ( obesiti )
10. Meningkatkan stamina dan mencergaskan minda.

SOALAN : ADAKAH HPA MENGELUARKAN PRODUK DARIPADA HERBA STEVIA INI?

JAWAPANNYA : ADA.

SALAH SATU PRODUKNYA IALAH KOPI RADIX DIET. MAI SECAWAN

KOPI RADIX DIET

Friday, October 16, 2009

PENYATA BONUS HPA SECARA ONLINE

Semua ahli, pengedar dan pemimpin HPA boleh melihat dan menyemak BONUS BULANAN HPA mulai OKTOBER 2009. Sistem Maklumat HPA (MIS) telah membangunkan laman web ini bagi memberi kemudahan kepada pengedar untuk menyemak BONUS BULANAN masing-masing.

Pengedar boleh mendaftar keahlian mereka melalui laman web berikut :

http://hpa.com.my/bonus/

Thursday, October 8, 2009

PRODUK BARU


SARDIN


COKLAT RADIX


KACANG POTONG

SYAMPOO SINTOK


DEODORANT



MEE KUNING

KISMIS WAJAH BARU

Monday, October 5, 2009

SAMBUTAN AIDILFITRI KPU KULIM MERIAH

Kelab Pemimpin Utara (KPU) Kulim dan HPA Cawangan Kulim telah mengadakan Majlis Jamuan Aidilfitri pada hari Selasa, 29 September 2009 bersamaan 10 Syawal 1430 jam 9.00 malam. Program yang dihadiri oleh lebih 60 orang pengedar ini, diserikan dengan ceramah motivasi yang disampaikan oleh PJS Cikgu Nadzri Ahmad, PJ Us Syamizam Ibrahim dan PJ Misbahah Mohd Idris. Antara perkara yang ditekankan adalah semangat ukhuwwah dan niat yang ikhlas dalam memperjuangkan HPA. Turut hadir PJS Noormah bt Zainol, PJS Asnah bt PK Mustafa dan suami, PJS Us Mohd Zamri Bakar dan PJS Ustazah Siham Mohd Hashim serta Leader dan fasi-fasi Kulim.
Meeting Mingguan Kulim setiap malam Selasa kali ini telah dimeriahkan dengan sedikit majlis jamuan hari raya. Ianya bertujuan mengeratkan silaturrahim sesame pengedar dan membangkitkan semula semangat untuk kembali aktif dalam meneruskan perjuangan bersama HPA dalam memasarkan produk halal setelah sebulan meeting mingguan dihentikan bagi memuliakan bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Pada tahun lepas program jamuan hari raya dimeriahkan dengan aktiviti seperti mewarna untuk kanak-kanak, pertandingan masakan bagi wanita dan pertandingan kopi tarik yang telah 2 kali menjadi acara tahunan. Namun begitu, ia terpaksa dibatalkan memandangkan agak sukar untuk mengadakan mesyuarat AJK disebabkan masing-masing masih sibuk. Justeru itu kita mengantikan dengan jamuan malam meeting sahaja.

Alhamdulillah kehadiran yang tidak dijangkakan kerana majlis ini dianjurkan oleh staf cawangan dan sedikit bantuan dari beberapa orang leader dalam penyediaan makanan. Kerjasama yang baik ini diharapkan dapat diteruskan untuk masa-masa yang akan datang kerana mereka merupakan agen paling hampir dengan pengedar-pengedar di satu-satu kawasan. Terima kasih diucapkan kepada staff HPA Cawangan Kulim yang di ketuai oleh Roslan dan anak buahnya Din , Faisol, Ilia dan Syafinaz.

Monday, September 21, 2009

BAHAYA PANADOL

JANGAN AMBIL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI (TERUTAMA MEREKA YANG ADA GASTRIK)
UNTUK PENGETAHUAN, ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya…



“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol.. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman. Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda. Panadol adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.


Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin? Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.

Sumber : Cinaislam...

Tuesday, September 8, 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA KPU KULIM



Majlis berbuka puasa bersama ahli HPA telah diadakan pada hari Selasa 18 Ramadhan 1430 bersamaan 8 September 2009 di HPA cawangan Kulim. Seramai 80 orang yang terdiri daripada pengedar, fasi dan pemimpin hadir pada majlis tersebut. Turut hadir PJS Ustaz Mohd Zamri Bakar, PJS Ustazah Siham Mohd Hashim dan PJS Cikgu Zainuddin Abdul. Para hadirin juga turut sama menunaikan solat terawih berjamaah di Dewan HPA Cawangan Kulim. Majlis berakhir pada jam 9.30 malam.



BERSIAP SEDIA UNTUK BERBUKA



TURUT HADIR PJS SIHAM




ANTARA TETAMU YANG HADIR.

Wednesday, August 19, 2009

PENCEGAHAN H1N1


PENCEGAHAN LEBIH BAIK DARIPADA PENGUBATAN

Semoga Allah menghilangkan ujian ini daripada kita semua. Kepada seluruh warga HPA kita mengamalkan kaedah "pencegahan itu lebih baik daripada pengubatan".

Herba kita yang mempunyai kekuatan bagi tujuan anti virus ialah seperti :-

1. IMT - 3 x 3
2. Roselle - 5 x 3 dan Minuman Roselle - 2 x3
3. Madu Coscinium - 2 x 3
4. Kopi Radix
5. Malac - 2 x 3
6. Minuman Herba

Amalkan terus herba-herba HPA sebagai amalan harian.

InsyaAllah .

Walau apapun mudah-mudahan Allah memunculkan pengubatan kita dalam situasi ini. Amin.

PENAWAR H1N1


Kebiasaanya terapi herba untuk kes demam adalah seperti di bawah. Saya kerap juga ditanya tentang H1N1, apakah ubat yang herba yang perlu dicadangkan. Penyakit ini merupakan jangkitan akut yang perlu segera dirawat di hospital jika tidak, boleh menyebabkan kematian.

Persediaan herba di bawah merupakan keedah tradisi pengubatan jawi untuk jangkitan Virus namun bagitu kepada penyakit H1N1 perlukan nasihat dari doktor.

1. IMT - 3 kapsul selang 2 jam ( 3 x 6)
2. Minuman Roselle - (minum terus menerus) - hingga habis sekotak.
3. Spirulina - 2 kapsul selang 2 jam sehingga habis 1 botol.
4. Eq Minda - minum hingga sembuh.
5. Sewaktu kepanasan mendadak tinggi, jaram dengan daun Bunga Cina.

HPA - Harapan Paling Akhir.

Thursday, July 30, 2009

CERAMAH PENDEDAHAN ISU HALAL HARAM

TAJUK :

"KEMELUT PEMAKANAN UMAT ISLAM AKHIR ZAMAN DAN PENYELESAIANNYA BERSAMA HPA"

TEMPAT : SURAU TAMAN TENGKU MAHERAN, JITRA
TARIKH : 1 OGOS 2009 bersamaan 10 SYA'BAN 1430
HARI : SABTU
MASA : SELEPAS SOLAT ISYAK

TEMPAT : SURAU AS-SAKINAH, SRI PAUH, PERMATANG PAUH
TARIKH : 2 OGOS 2009 bersamaan 11 SYA'BAN 1430
HARI : AHAD
MASA : SELEPAS SOLAT ISYAK

PENCERAMAH : US. MOHD ZAMRI BIN BAKAR

Muslimin & Muslimat dijemput Hadir.

Monday, July 13, 2009

PELUANG HEBAT

JALAN PINTAS MEMPEROLEHI PENDAPATAN BULANAN YANG LUMAYAN MELALUI PROGRAM PERKONGSIAN BIJAK CEMERLANG HPA

Bersama Perniagaan Ini,
InsyaAllah…
Impian Bukanlah Hanya Satu Mimpi!
Marilah Bersama Perniagaan Umat Islam Terulung Di Era Ini.

* Anda menghadapi kemelut kewangan?
* Pendapatan tidak mencukupi?
* Hutang keliling pinggang?
* Yuran pengajian anak-anak, bil elektrik, bila air, ansuran kenderaan dan rumah juga kos sara hidup yang semakin meningkat.

INSYAALLAH..
BERSAMA HPA,
ANDA AKAN BERTEMU JALAN KELUARNYA

ANDA BERMINAT!!! TAPI BERMASALAH?

* TAK PANDAI BERNIAGA?
Akan kami tunjukkan anda jalannya

* TAK BERMINAT BERNIAGA?
Pastinya anda akan berminat dengan pendapatan lumayan dengan produk-produk suci bersih dan halal yang menjadi tanggungjawab umat Islam memasarkannya

* INGIN BELAJAR BERNIAGA?
Kami menyediakan siri latihan khusus secara berterusan kepada mereka yang berminat.

* KECEWA DENGAN MULTI LEVEL MARKETING (MLM) YANG LAIN?
Usahawan Islam tidak akan kenal erti kecewa.
Bersama kami menjadi usahawan dunia dan akhirat.


TAKLIMAT PELUANG MENJADI USAHAWAN HPA!!!
Hubungi kami segera.
Kami akan tunjukkan kepada anda betapa hebatnya peluang perniagaan ini.


JALAN PINTAS MEMPEROLEHI PENDAPATAN BULANAN YANG LUMAYAN MELALUI PROGRAM PERKONGSIAN BIJAK CEMERLANG HPA

Pastinya Inilah Pilihan Anda!!!
* Terbuka kepada sesiapa yang berminat
- Program 2 hari 1 malam
- Pembentukan jati diri usahawan dan bina insan
- Para peserta akan ditunjukkan langkah untuk mendapatkan pendapatan bulanan 4-5 angka dalam jangka masa yang singkat.

Program diadakan pada setiap bulan bertempat di hotel-hotel terpilih seluruh Malaysia dan Indonesia.
Yuran hanya RM 160 sahaja termasuk penginapan hotel, makan dan bahan kursus.

Motivasi, Cara kerja 4-5 angka, Latihan dalam kumpulan, Pembentangan, Memahami produk HPA, mengenali penyakit melalui Saraf Tapak Tangan, Qiamullail, kuliah Subuh dan lain-lain lagi.

Saturday, July 4, 2009

PRINSIP JU'ALAH DALAM PERNIAGAAN MLM HPA

Seminar MLMS telah selesai kita adakan dengan keputusan daripada Panel Syariah bahawa MLM yang dijalankan oleh HPA adalah tidak terkeluar daripada muamalah Islam. Prinsip al Ju'alah iaitu peniagaan bersyarat dibentangkan dengan mendalam. Mengambil kira akad peniagaan awal bahawa syarikat akan memberikan bonus apabila penjual (pengedar) memenuhi syarat seperti Nilai Mata yang telah diputuskan.

Keuntungan diambil daripada syarikat jelas kelihatan kerana faktor ketentuan harga tidak beza dengan harga jualan konvensional. Jika harga menjadi terlalu tinggi bererti bonus tersebut diambil daripada pembeli dan di sinilah keunikan perniagaan HPA bahawa walaupun mengamalkan dasar MLM namun harga masih di paras biasa.

Al Ju'alah diterima pakai apabila wujudnya kesepakatan awal yang jelas bukanya samar-samar dan berlakunya keadilan dalam perniagaan. Tidak ada sesiapa yang menanggung rugi dalam transaksi ini. Walaupun pengedar tidak dapat memenuhi 50 NM namun bukan bererti pengedar rugi dan syarikat untung tetapi pengedar masih mendapat untung runcit yang tidak dapat jika membeli produk itu di pasaran konvensional.

Panel Syariah HPA :
1. Ustaz Ahmad Bin Ali (M.A Usul Fiqh, Universiti Al-Azhar)
2. Dr Mohd Nasir Hj Hamid (PHD Pengajian Islam UKM, Pensyarah UiTM)
3. Ustaz Basri Abdul Ghani (M.A Ekonomi Islam UM, Pensyarah UiTM)
4. Ustaz Nidho Abdul Rahman (B.A, M.A Al-Quran & Al-Sunnah, Al-Azhar)
5. Ustaz Khadafi Hj Rofie (B.A Al-Azhar, M.A Hadith UKM, Pensyarah UUM)
6. Prof Madya Dr Ishak Sulaiman (PHD Hadith & Muamalah University Of Wales, UK)
7. Ustaz Hasan Zaid Ramli (B.A, Al-Azhar, M.A Syariah UKM, Pensyarah IPTS)
8. Ustaz Hasbullah Ali (B.A Al-Azhar, M.A Syariah UKM, Pensyarah IPTS)
9. Ustaz Ahmad Adnan Fadzil (B.A Syariah Al-Azhar, Pengurus Pentadbiran HPA)
10. Y.B Ustaz Hashim bin Jasin (B.A Pengajian Islam Universiti Baghdad)
11. Ustaz Ya Ali bin Dahaman (B.A Al-Quran dan As-Sunnah UKM, M.A Perundangan Islam UM, Bekas Pensyarah UITM)

Friday, July 3, 2009

PBC JULAI 2009

03 dan 04 JULAI 2009
- Taman Siswa Jitra Kedah
(Pengarah: PJ Ust Yusoff)

04 dan 05 JULAI 2009
- Kulim Inn, Kulim
(Pengarah: PJ Hasbullah, 012-4951256, RM160)

- Hotel Seri Malaysia Kepala Batas
(Pengarah : PJS Zanbli)

10 dan 11 JULAI 2009
- Hotel Naza Gurun Kedah
(Pengarah : PJS Razak Polis)

11 dan 12 JULAI 2009
- Hotel Seri Malaysia Taiping
(Pengarah : PJ Ust Irwan)

- Bukit Jawi Golf Resort, Sungai Jawi SPU
(PJS Ust Zaidi)

- Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas
(PJS Shohimi Ahmad)

- Kelana Resort Seremban
(Pengarah : PJS Ustaz Helmi, PJS Nor Hyzad)

- Hotel Sungai Petani Inn
(Pengarah : PJS Mohd Zaidi Ghazali)

17 dan 18 JULAI 2009
Sik Inn, Sik Kedah
(Pengarah : PJS Cikgu Razak)

31 Julai - 1 Ogos 2009
Chalet Titi Hayun, Yan Kedah
(Pengarah : PJS Muzaffar)

Tuesday, March 24, 2009

Wednesday, March 11, 2009

Jadual Kuliah Mingguan KPU

KULIAH MINGGUAN adalah terbuka untuk semua ahli dan bakal ahli HPA.Masuk adalah percuma. Kerjasama hadirin untuk hadir mengikut waktu yang telah ditetapkan dan berpakaian dengan sopan akan melancarkan perjalanan majlis ilmu. InsyaAllah.

SETIAP AHAD (9.00 - 11.00 malam)
1. PUSAT JUALAN KUALA KANGSAR : 012 5517029
2. HPA CAWANGAN SG.PETANI, AMANJAYA : 04 4485716
3. HPA CAWANGAN JITRA, BANDAR DARUL AMAN

SETIAP ISNIN (9.00 - 11.00 malam)
1. HPA CAWANGAN ALOR SETAR, TANDOP
2. HPA CAWANGAN PARIT BUNTAR, TAMAN SINAR
3. HPA CAWANGAN TAIPING : 05-8912717

(3.00 - 5.00 petang)
1. HPA CAWANGAN GRIK : 05-7912317

SETIAP SELASA (9.00 - 11.00 malam)
1. HPA CAWANGAN GUAR CEMPEDAK
2. HPA CAWANGAN KANGAR, TAMAN SENA INDAH
3. HPA CAWANGAN KULIM, TAMAN NENAS : 04 4931034
4. HPA CAWANGAN BALIK PULAU, TMN SERI INDAH

SETIAP RABU (9.00 - 11.00 malam)
1. HPA CAWANGAN BALING
2. HPA CAWANGAN BKT MERTAJAM, TMN CIKU : 04 5370882

(5.00 - 6.30 petang)
1. HPA CAWANGAN SIK, BANGUNAN KOPERASI

SETIAP KHAMIS (9.00 - 11.00 malam)
1. HPA CAWANGAN BAYAN BARU, SUNWAY TUNAS

(5.00 - 7.00 malam)
1. HPA CAWANGAN KUALA NERANG

SETIAP JUMAAT (9.00 - 11.00 malam)
1. HPA CAWANGAN PENDANG
2. HPA CAWANGAN KEPALA BATAS, DEPAN P.G.R.

SETIAP SABTU (5.00 - 6.30 petang)
1. HPA CAWANGAN LANGKAWI

Tuesday, March 10, 2009

JADUAL PBC MAC 2009

06 -07 MAC 2009

TAMAN SISWA, BANDAR DARUL AMAN, JITRA KEDAH
Penyelaras : PJS Salehudin Ramly (019-4436009)

07 -08 MAC 2009

KULIM INN, KULIM KEDAH
Penyelaras : PJS Siham Mohd Hashim (013-4415266)

HOTEL SG. PETANI INN
Penyelaras : PJS Sabri Ahmad (013-4674628)

14-15 MAC 2009
HOTEL SERI MALAYSIA, IPOH
Penyelaras : PJS Muzaffar (012-5766887)

HOTEL NAZA, PULAU PINANG
Penyelaras : PJS Aseri (019-4700512)

17-18 MAC 2009

PENDANG LAKE RESORT, PENDANG
Penyelaras : PJS Zaharah (013-4893699)

20 -21 MAC 2009
SIK INN, SIK KEDAH
Penyelaras : PJS Cikgu Abd Razak Hussain (019-4795643)


21- 22 MAC 2009
HOTEL SERI MALAYSIA TAIPING, PERAK
Penyelaras : PJS Noormah (019-4773014)

HOTEL PUTRA BRASMANA, PERLIS
Penyelaras : PJS Zaharah (013-4893699)

28- 29 MAC 2009
HOTEL NASMIR JURU
Penyelaras : PJS Aseniah Badri (019-4482511)

HOTEL COOL POINT, CAMERON HIGHLANDS
Penyelaras : PJS Noreda Hamid (019-4191675)

HOTEL REGENCY ALOR SETAR, KEDAH
Penyelaras : PJS Zaharah (013-4893699)

Thursday, February 19, 2009

SABUN CLAY

Sabun ini telah mula memasuki pasaran MLM dan mendapat pemintaan yang tinggi.Tanah liat putih yang dijadikan bahan campuran dalam sabun ini menjadi ubat yang baik terutama untuk sakit-sakit kulit seperti ekzema, gatal-gatal dan lain-lain lagi.

Penggunaan tanah liat putih(clay) adalah antara 3 - 10% namun bagitu memberikan kesan yang cepat pada penyakit-penyakit tersebut. Ekzema adalah sejenis penyakit kulit yang sukar diubati dalam pengubatan moden tetapi mudah diubati dengan penggunaan sabun clay ini. Pada peringkat awal sabun ini tidak di letakan pewangi tetapi keluaran baru telah di masukan pewangi yang boleh menyegarkan pengguna. Insyaallah.

Tanah liat putih juga akan dijual dipasaran dalam bentuk scrub badan tidak lama lagi dan ia memberikan pembersihan yang sebenar mengambil daripada kaedah fikh menyamak dengan 1 bahagian air tanah. Dari testimoni yang telah disampaikan terutamanya daripada leader-leader di utara menunjukan pemintaan sabun clay akan meningkat sekali ganda dipasaran HPA. Insyaalah.

PELANCARAN MLM SYARIAH

Pelancaran MLM Syariah akan diadakan pada 9 Mac 2009, Oleh Pengarah Urusan HPA, Tuan Ismail Bin Ahmad.

Program akan bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 2.00 petang, di Dewan Besar Lembaga Tabung Haji, Menara Tabung Haji, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Yuran Kehadiran RM15.00 (Tempat Terhad)

PJS, Leader Dan Ahli HPA Dijemput Hadir

Monday, February 16, 2009

AIS KRIM TAIYIBAH

Sesudah menanti sekian lama, ahli-ahli HPA kini akan dapat menikmati kesedapan aiskrim Halal tidak lama lagi. Kita namakannya dengan aiskrim "Taiyibah". Aiskrim halal tanpa gelatin yang akan bersaing dengan aiskrim bergelatin dipasaran.

Dari majlis "food testing"petang tadi 100% yang mencubanya menyatakan aiskrim ini merupakan yang terlazat yang pernah mereka rasai. Aiskrim Taiyibah juga merupakan satu-satunya produk muslim yang kini berada di pasaran mewakili ummah dan dijangka akan diperkenalkan dalam program MIHAS yang akan datang.

InsyaAllah, Majlis perasmian aiskrim Taiyibah akan diadakan bersamaan dengan seminar MLMS di Menara Tabung Haji, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada 9hb March 2009, mulai 8.00 Pagi hingga 2 Petang. Semoga kita dapat sama-sama menjayakan program ini nanti.

Saturday, February 7, 2009

KEHADIRAN DUA OKU PEMBAKAR SEMANGAT PBC KULIM

Dua orang Orang Kurang Upaya (OKU) cacat penglihatan hadir ke Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) yang berlangsung di Kulim Inn pada 7 dan 8 Februari 2009. Mereka adalah antara 50 peserta yang sama-sama hadir ke program tersebut dalam usaha memperjuangkan produk halal lagi baik.


Suasana Program PBC di Kulim Inn, Kulim Kedah

Kehadiran dua orang OKU membakar semangat para peserta


Menurut Pengarah PBC, Ku Azhar bin Ku Yahaya, program kali ini dihadiri beberapa pemimpin dari sekitar utara. Antaranya PJS Mohd Nadzri Ahmad, PJS Noormah Zainol, PJS Ustazah Siham Mohd Hashim, PJS Zainuddin Abdul, PJS Mohd Zamri Bakar, PJS Ustaz Mohd Ali Ismail, PJS Ismail Othman dan PJS Asnah Mustafa.


Sebahagian PJS dan fasilitator yang membantu PBC Kulim

Selain itu PBC kali ini dibantu oleh beberapa fasilitator terlatih. Antara yang hadir PJ Hezri Ariffin, PJ Ustaz Syamizam Ibrahim, PJ Zabri Ahmad, PJ Ustazah Saliza, PJ Misbahah Mohd Idris, PJ Nor Aziah Alias, PJ Wan Haslina, PJ Fatimah Bt Hashim. PJ Adlina Adenan, PJ Rusmina Ibrahim dan beberapa orang lagi yang turut membantu.
Suasana Qiyamullail dan Kuliah Subuh di dataran Kulim Inn

PERUBATAN JAWI

Sejarah Perubatan JAWI

Perubatan JAWI telah diasaskan oleh Tn. Haji Ismail bin Haji Ahmad. Perkataan JAWI diambil bersempena nama tempat kelahiran beliau iaitu Jejawi, satu daerah yang terletak di negeri Perlis.

Tn. Haji Ismail bin haji Ahmad merupakan seorang graduan dari Universiti Pertanian Malaysia (kini dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia) dalam bidang Pertanian (Kajian Botanikal). Berbekalkan pengalaman bertahun-tahun dalam dunia perubatan herba, serta hasil lawatan, seminar, workshop serta kursus-kursus lainnya ke pelbagai negara, beliau telah berjaya mewujudkan satu kaedah perubatan yang dinamakan sebagai ‘Perubatan JAWI’.

Kejayaan kaedah perubatan ini telah diakui oleh ribuan pengguna yang pernah mencuba dan mengamalkan herba ini. Atas usaha untuk merealisasikan Perubatan JAWI ini, akhirnya lahirlah Institut Latihan Herba Al-Wahida yang lebih dikenali dengan nama INTIBAH.

Pengertian Perubatan JAWI

Perubatan JAWI ialah suatu sistem perubatan menyeluruh (holistik) yang menggabungkan 2 sumber utama iaitu sumber alamiah dan ilahiyah. Perubatan ini berlandaskan kepada keyakinan yang kuat bahawa hakikat penyembuhan yang sebenarnya berasal daripada Allah S.W.T yang bersifat Asy-Syafii (Maha Penyembuh) serta ketepatan (kemujaraban) penawar menjadi pegangan.

Perkataan JAWI merujuk kepada:

J : Jejawi: Nama sebuah daerah kecil di Perlis, tempat di mana perubatan ini dikembangkan.

A : Alamiah: Bererti perubatan ini menggunakan bahan-bahan alami atau semulajadi sebagai salah satu sumber perubatan herba.

W : Wathan: Beerti negeri atau tempatan dalam Bahasa Arab. Ini bermaksud perubatan ini menekankan penggunaan bahan-bahan alami (semulajadi) yang berasal dari dalam negeri di mana penyakit itu dijangkiti.

I : Ilahiyah: Bererti meletakkan unsur-unsur Ilahiyah (ketuhanan) sebagai sumber perubatan. Jadi, perubatan ini bersumberkan dari Al-Quran dan As-Sunnah.

Sumber Perubatan JAWI

Konsep Perubatan JAWI merupakan konsep perubatan yang mengetengahkan dua sumber utama iaitu Ilahiyah dan alamiah. Ia berdasarkan pada sabda Rasulullah S.A.W :
“Gunakanlah dua penyembuhan : madu dan Al-Quran” (Hadis Riwayat Ibnu Majah dan al-Hakim)

Ahli herba melihat bahawa madu sebagai suatu sumber alamiah dan Al-Quran sebagai sumber Ilahiyah

Ilahiyah bermaksud bahawa segala penyakit yang berlaku datangnya daripada Allah S.W.T dan Allah S.W.T jugalah yang sebenarnya yang menyembuhkan penyakit tersebut. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W:
“Berubatlah kamu, kerana sesungguhnya Allah S.W.T yang menurunkan penyakit, Dia (Allah S.W.T) jualah yang menurunkan ubatnya.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Perawatan akan lebih berkesan apabila perawat sendiri mempunyai hubungan yang kuat dengan Allah S.W.T. Doa adalah intipati Perubatan JAWI, Tawakal merupakan Pelengkap, sementara Keberkesanan (kemujaraban) dan ilmu menjadi Asas Tindakan.
DOA –> ILMU –> TAWAKAL
Oleh yang demikian, sumber Ilahiyah memberi keyakinan bahawa hakikat penyembuhan itu dating daripada Allah S.W.T yang bersifat As-Syafi (Maha Penyembuh). Pesakit juga perlu didekatkan dengan Allah S.W.T melalui nasihat dan tuntutan beribadah serta menjauhi sifat-sifat mazmumah (tercela).
Alamiah ialah menggunakan semua sumber alam yang ada di atas muka bumi ini seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Kajian yang lebih luas kepada bahagian-bahagian tumbuhan seperti akar, batang, daun, kulit, buah, bunga dan bahagian tumbuhan yang lain.
Sumber alamiah menggunakan herba-herba yang terpilih mengikut disiplin herba yang teratur. Sejarah mencatatkan bahawa herba telah digunakan sebagai sumber perubatan sejak berabad-abad tahun yang lalu dan dianggarkan lebih dari 20,000 spesies herba telah digunakan di seluruh dunia.
Oleh yang demikian, konsep Perubatan JAWI ini sesuai dengan prinsip-prinsip perubatan dalam Islam iaitu :
1. Prinsip Keyakinan, iaitu yakin bahawa yang menyembuhkan adalah Allah S.W.T. Sehubungan dengan itu, dalam merawat pesakit, hendaklah dilakukan secara ihsan dan sesuai dengan syariat Islam (Al-Quran dan As-Sunnah).
2. Menggunakan ubat yang halal, thoyyib (baik) dan tidak sekali-kali menggunakan ubat-ubatan yang haram atau tercampur dengan bahan yang haram.
3. Prinsip perubatan yang tidak membawa mudharat. Perubatan itu tidak sekali-kali merosakkan tubuh, kecuali jika keadaannya sangat darurat dan tidak ada perubatan lain pada ketika itu.
4. Prinsip perubatan; tidak berbau tahyul, khurafat dan bid’ah.
5. Prinsip mencari yang lebih baik, berdasarkan kaedah Islam dan ilmu-ilmu perubatan.
6. Mengambil sebab melalui ikhtiar serta tawakal, juga selalu berikhtiar mencari yang terbaik.
SEBUAH KEJUJURAN…”SEKIRANYA ANDA MENDAPATI HERBA-HERBA KAMI BAIK & BERKESAN, HEBOHKANLAH UNTUK ORANG LAIN AGAR MEREKA SAMA -SAMA MENDAPAT KELEBIHANNYA & SEKIRANYA ANDA MENDAPATI TIDAK BERLAKU KESEMBUHAN, MAKA BERITAKAN KEPADA KAMI AGAR KAMI DAPAT MENCADANGKAN SESUATU YANG TERBAIK UNTUK ANDA”-TN HAJI ISMAIL BIN HAJI AHMAD, PENGARAH URUSAN I HPA INDUSTRIES SDN BHD
Ilmu Perawatan Dalam Perubatan JAWI
1. Bekam (Al-Hijamah)
2. Akupunktur
3. Kiropraktik (Rawatan Membetulkan Tulang Belakang)
4. Urut Refleksologi
5. Urutan Limfatik
Ilmu Diagnosis Penyakit Dalam Perubatan JAWI
1. Diagnos Saraf Tapak Tangan
2. Diagnos Anak Mata (Iridology)
3. Diagnos Lidah dan Denyutan Nadi
Nota: Semua kursus berkaitan dengan ilmu perawatan dan diagnosis penyakit akan dimaklumkan dari masa ke semasa melalui website ini. http://www.hpa.com.my/

Lokasi RFC yang akan dibuka


1. Cawangan Pulau Pinang (hujung March)
2. Cawangan Laguna Sungai Petani (awal april)
3. Cawangan Ipoh (awal april)
4. Cawangan Kulim (awal april)
5. Cawangan PJ (awal mei)
6. Cawangan Bangi (awal april)
7. Cawangan Kluang (awal mei)
8. Cawangan Kuantan (awal mei)
9. Cawangan Kelantan (awal april)
10. Cawangan Kangar (hujung march)

Perasmian RFC Cawangan ke 2, Shahab Perdana, Alor Setar, Kedah Darul Aman (Bangunan Stesen BAS Shahab Perdana) Pada 7hb Feb 2009, Jam 9.00 Pagi oleh Menteri Besar Kedah Darul Aman

PROGRAM PBC LAHIRKAN JUTAWAN HPA

Link : http://hpa.com.my/

PROGRAM PERKONGSIAN BIJAK CEMERLANG (PBC)

PBC DAN KEISTIMEWAANYA

A1-MEMBINA KEYAKINAN DIRI UNTUK MENJADI USAHAWAN HERBALIS MLM YANG CEMERLANG.

2-DAPAT MENGUASAI SEGALA ILMU DAN KEMAHIRAN DALAM BIDANG KEUSAHAWANAN MLM. AGAR DAPAT MERANCANG, MENGURUS DAN BERTINDAK MENGIKUT PLAN YANG DISEDIAKAN BAGI MENJURUS KEPADA BONUS 5 ANGKA SEBULAN.

3-MEMUPUK DAN MENERAPKAN KEKUATAN ROHANI BAGI MEMBENTUK JATI DIRI SEBAGAI USAHAWAN YANG BERTAQWA.4-MELAHIRKAN USAHAWAN YANG TAHAN LASAK, TABAH, BERDISIPLIN DAN MAMPU MENJADI PEMIMPIN JARINGAN YANG HEBAT.


APA PBC?

Menjana pendapatan 5 angka dalam masa 5 bulan dengan produk-produk halal HPA. Ketahui plan pemasaran Perkongsian Bijak Cemerlang HPA dengan 'product killer' kami iaitu Kopi Pra-campuran Radix.Serta beratus produk lain merangkumi produk keperluan harian, ubatan berasas herba, kosmetik, makanan kesihatan dll. Anda pasti terpegun dengan pelbagai pengetahuan herba kami. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Rebutlah untuk menjadi usahawan muslim yang berjaya. InsyaALLAH...


Mengapa perlu sertai Program PBC (Perkongsian Bijak Cemerlang)?

1. Automatik mendapat pangkat pertama dalam HPA iaitu Pengurus Melati atau PLX (20% kekal) tanpa melakukan penajaan.

2. Tidak perlu lagi melakukan pembelian terkumpul 1501NM dan melakukan penajaan untuk mendapat pangkat pertama Pengurus Melati (PLX).

3. Bimbingan dan tunjuk ajar oleh Usahawan HPA yang berjaya mencapai bonus bulanan 5 angka.

4. Dapat berkongsi rahsia kejayaan oleh bekas-bekas peserta PBC.

5. Modul program yang menarik dan berkesan.

6. Peserta terdiri daripada pelbagai lapisan dan latarbelakang pekerjaan termasuk golongan professional yang ingin menempa nama sebagai Usahawan HPA.

7. Mempelajari ilmu MLM dengan lebih mendalam daripada Usahawan HPA yang telah berjaya.

8. Dapat mengetahui bagaimana untuk menjana pendapatan 5 angka dalam masa 5 bulan melalui plan pemasaran era baru HPA.


Bagaimana hendak sertai program PBC ini?

1. Daftar menjadi Ahli HPA seumur hidup dengan bayaran cuma RM30 dan mendapaat Kit Niaga yang dilengkapi dengan katalog produk dan lain-lain dokumen.
2. Daftar sebagai peserta program PBC melalui penaja anda atau terus kepada penganjur PBC. Biasanya bayaran antara RM100 hingga RM180 sahaja untuk 2 hari 1 malam bergantung kepada tempat.
3. Membuat pembelian minima 300NM pada bulan yang anda hadir program PBC atau pada bulan hadapannya. Peserta program PBC boleh mengumpul 300NM sebelum ke program PBC di mana-mana agen stok.


Modul-Modul Dalam PBC....

1. Kenali Syarikat.
2. Asas Plan Pemasaran MLM Syariah HPA
3. Bagaimana Nak Berjaya - Gerak Kerja 6 M
4. Eagle Eyes Sponsoring
5. Plan Tindakan melalui LDK
6. Teknik Demo
7. Produk Pilihan
8. Diagnosis Penyakit Melalui Tapak Tangan.
9. Asas Perubatan JAWI
10. Qiamullail.
11. Kuliah Subuh.
12. Senaman Pernafasan.
13. Bacaan AlMaathurat.
14. Motivasi Niaga.

Pengisian PBC ini disampaikan oleh PJS dan mereka yang terpilih. Modul-modul ini menerapkan pelbagai ilmu MLM(S) HPA kepada pengedar-pengedar baru untuk memulakan langkah yang tepat dan cepat untuk menjana pendapatan 5 angka dalam masa 5 bulan.

Selain mensasarkan jualan produk-produk HPA di serata Malaysia, program ini turut mendedahkan keistimewaan herba-herba yang terdapat dalam produk unggul HPA iaitu Kopi Pracampuran Radix.

Para peserta akan didedahkan dengan cara-cara membuat ‘Demo’ atau ‘Homeparty’ yang berkesan dan ini akan disusuli dengan perbincangan dalam kumpulan yang dikawal selia oleh PJS untuk mendapatkan strategi pemasaran produk dan pengurusan masa yang betul.

Apa yang membuatkan modul-modul ini berbeza dengan perniagaan MLM yang lain adalah penerapan Islamiyah yang bermula dalam jiwa usahawan itu sendiri di mana ganjaran pasti menanti di hadapan di dunia mahupun di akhirat.

InsyaALLAH…Dapatkan jadual PBC terdekat melalui Cawangan HPA, Stokis HPA seluruh negara, Pemimpin HPA anda, atau dengan melayari laman web

1.WEb HPA : http://www.hpa.com.my/
2.Komuniti Zon Utara : http://www.pjskpu.blogspot.com/
3.Komuniti Zon Tengah dan Selatan : http://kpa2u.wordpress.com/
4.Komuniti Zon Timur : http://hpakpt.blogspot.com/

Pangkat HPA jika tanpa melalui PBC :

Pengedar Bertauliah (PB)
10% belian antara 0 NM - 500 NMPB
14% belian antara 501 - 1000 NMPB
17% belian antara 1001 - 1500 NMPLX
20% belian antara 1501 Nm ke atas...
PRX 23% perlukan 3 org pangkat PLX
PJX 26% perlukan 6 org pangkat PLX
PL 29% perlukan 2 org pangkat PRX dan 4 org pangkat PLX
PR 32% perlukan 4 org pangkat PRX dan 2 org pangkat PLX
PJ 35% perlukan 6 org pangkat PRX
PJE 35% perlukan 2 PJ (line berbeza)
PJI 35% perlukan 4 PJ (line berbeza)
PJM 35% perlukan 6 PJ (line berbeza)

Untuk keterangan dan info lebih lanjut, hadirlah ke PBC....

Saturday, January 10, 2009


PUSAT JUALAN HPA JITRA



SEJARAH PENUBUHAN

Pusat Jualan HPA Jitra ditubuhkan pada 20 Februari 2008

Mula beroperasi pada Mac 2008

Pusat operasi utama di No. 613, Taman Tengku Maheran, Jitra, Kedah

Telefon : 019-4436781



CAWANGAN SEBERANG PERAI



Alamat :
Pasti Tasek Junjong, 14120 Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan
Telefon : 019-4123641, 012-4612074


CAWANGAN GUAR CEMPEDAK


Telefon : 017-2234218




IBNU SINA NETWORK

1. 165494.MY01 SIHAM BINTI MOHD HASHIM (PUSAT JUALAN)
613, Taman Tengku Maheran, 06000 Jitra, Kedah
Tel : 013-4415266

2. 226570.MY01 MOHD ZAMRI BIN BAKAR (PSD)
33A, Kg Permatang Tiong, Junjong, 09000 Kulim, Kedah
Tel : 013-4511345

3. 234032.MY01 HABSAH BINTI MAT ISA (PSD)
3451, Tasek Chempedak, 14120 Simpang Ampat, SPS
Tel : 013-5053793

4. 279842.MY01 MOHD HAMZAH BIN MOHD HANIPAH (PSD)
1932, Jalan Mutiara 11/4, Taman Mutiara Fasa 4A, Sg. Kob, Karangan, Kedah
Tel : 013-4456423

5. 243350.MY01 SYUHAIDA BT ABDUL SUKUR (PSD)
185, Jalan teja 7, Taman Teja, Changloon, Kedah
Tel : 013-4232019

6. 033407.MY01 FAEZAH BT DAUD (PSD)
Taman Selasih, Kulim
Tel : 019-4812208

7. 193825.MY01 NOR AFZAN BT HASSAN (PSD)
Bukit Serindit, Melaka
Tel : 06-2828994, 013-3883756

8. 277448.MY01 SYAMIZAM BIN IBRAHIM (PSD)
174, Jalan Sri Janggus, Taman Sri Janggus, Alma 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Tel : 019-5776783

9. 334235.MY01 RUSMINA BT IBRAHIM (STOKIS)
Taman Sri Janggus, Alma 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang

10. 290056.MY01 NURUL IMAN BT SUBRI (STOKIS)
Taman Desa Seraya, Alor Star, Kedah
Tel : 017-5096296

11. 295972.MY01 MOHD ASRI BIN ABDUL AZIZ (STOKIS)
Tasek Gelugor
Tel : 013-4072727

12. 405406.MY01 NORIHAN BT AHMAD (STOKIS)
Tasek Gelugor
Tel : 019-5275546

13. 264454.MY01 AMIRRUDDIN BIN AHMAD (STOKIS)
Nilai, Negeri Sembilan

14. 069998.MY01 SITI MEKIAH BT SHAMSUDDIN (STOKIS)
Lepai, Alor Star
Tel : 019-4041636

15. 093454.MY01 AZMI BIN CHIK (STOKIS)
43B, Kampung Kubang Pangas, Mukim Kubang Rotan, Alor Star
Tel : 019-4465732

16. 109840.MY01 YASIR BIN OTHMAN (STOKIS)
Politeknik Tunku Syed Sirajuddin Ulu Pauh, Arau, Perlis
Tel : 017-4223060

17. 369953.MY01 NORIDA BT ALI (STOKIS)
Anak Bukit, Alor Star, Kedah

18. 295134.MY01 HAYATI BT HARUN (STOKIS)
Selangor

19. 244214.MY01 FATIMAH BT YAHYA (STOKIS)
Titi Besi, Kepala Batas

20. 256292.MY01 MOHD ZUHAIMI BIN AWANG (STOKIS)
Terengganu

21. 262318.MY01 ASMAH BT TARIMOH (STOKIS)
Lot 93, Jalan Masjid Selekoh, Selekoh, Perak
Tel : 012-5658192