Tuesday, March 23, 2010

Shark Cartilage


Ramai yang tidak mengetahui bahawa Shark Cartilage sebenarnya boleh dijadikan ubat terbaik untuk masalah sakit lutut. Masalah kekeringan lendir di lutut boleh menyebabkan sendi mengalami kesakitan yang berpanjangan dan kebiasaanya agak sukar diubat dengan ubatan kimia. Pembedahan akan menjadikan keadaan bertambah parah bukan menyembuhkan. Cara mudah ialah anda memberi sedikit peluang kepada diri anda sendiri untuk menggunakan Shark Cartilage yang telah dikeluarkan oleh syarikat HPA Industries. Memang benar terdapat banyak syarikat lain yang menghasilkan Shark Cartilage di pasaran tetapi ianya tidak sama dengan produk HPA.

Dalam buku Jawi Med Herb 1, saya telah nyatakan bahawa Shark Cartilage yang dihasilkan oleh HPA tidak sama kerana ia memasukkan sejenis pokok terung yang dikenali dengan "Solanum Album". Sinergi ini hanya biasa digunakan oleh keluarga kami dan tidak pernah saya temui pada produk Shark yang lain. Ini perlu saya jelaskan kerana ada setengah pihak mendakwa bahawa HPA menggunakan ramuan Shark seperti produk produk yang lain di pasaran. Penggunaan Shark dalam perubatan telah digunakan oleh datuk saya dan diperturunkan ilmu ini kepada bapa saudara saya (Hj Mat) dan seterusnya pada saya.

Dipetik daripada blog Tuan Hj Ismail Hj Ahmad

Kursus Diagnosis Cara Mudah dan Tepat

Kursus ini akan diadakan pada bulan April bagi memantapkan ilmu perawatan kepada ahli-ahli HPA dengan keupayaan diagnosis penyakit melalui muka, lidah, mata, hidung, telinga, kaki, kulit dan lain-lain lagi.

Kursus ini lebih khusus kepada mereka yang telah pun mengikuti program PIC, Iridologi, Bekam, Reflexologi dan seumpamanya. Penyertaan hanya dibuka kepada 100 orang sahaja dan masa kursus 2 hari 1 malam.

Tidak ada alatan digunakan untuk merlakukan diagnosis, hanya memahami dari perubahan zahir tubuh sahaja. Mereka yang berminat boleh menghubungi saudara Hafiz (019-4749717) atau Suhairi (013-423 9717).

Dipetik daripada blog Tuan Hj Ismail Hj Ahmad

Friday, March 19, 2010

Teh Manjakani dan Moments

Kedua-dua herba ini menggunakan buah manjakani yang ternyata sangat baik untuk wanita. Sebaik-baiknya seorang wanita mencuba kedua jenis herba ini dan mencari yang mana satu "serasi" dengannya. Boleh juga di ambil bergantian dan bersamaan.

TEH MANJAKANI


Wanita yang elok rahimnya tidak menghadapi masalah keputihan, sakit pinggang ataupun imbalance hormon. Ianya bukan hanya untuk wanita selepas berkahwin tetapi ia boleh digunakan sejak dari kedatangan darah haid pertama. Ini adalah bagi mengelakan sesaorang wanita terdedah dengan pelbagai penyakit akibat dari himpunan bahan kimia yang merbahaya dalam tubuhnya.

PRODUK BARU : MOMENTS

Masyarakat yang jahil dengan herba sering menyatakan herba tidak elok diamalkan oleh anak dara sedangkan membiarkan mereka mengambil bahan kimia terus menerus tanpa hentinya. Kefahaman ini perlu dibetulkan agar kita dapat mengurangi pelbagai penyakit degeratif yang berlaku dalam masyarakat hari ini.

SINERGI YANG BERKESAN

Dipetik daripada blog Tuan Hj Ismail Hj Ahmad

Seseorang pesakit perlu diberikan herba yang betul mengikut herba khas untuknya seperti Darah Tinggi diberikan Vitex, Kencing Manis diberikan Plantisol dll (mengikut sakit yang dideritai). Namun begitu sinergi sangat-sangat diperlukan bagi menjadikan perawatan itu berkesan.

Dalam hukum sinergi perlu dimasukkan herba ubatan seperti di bawah:-

1. Vitamin C - Ianya amat perlu membolehkan herba itu berkesan cth roselle.
2. Pelawas - Bagi mendapat kesan penggunaan herba yang berkesan, usus perlu bersih dengan menggunakan kapsul Pelawas, Minuman Asiatika atau Minuman Herba.
3. Madu - menguatkan semua herba yang digunakan bersamanya dengan kehaziran enzim.
4. Omega 3 - produk ikan yang akan mengandakan kekuatan herba 13 kali ganda
5. Mengkudu - ubatan tidur bagi membolehkan herba bertindak lebih efektif.

Jadi jika mahu lakukan sinergi tambahkan dengan herba-herba seperti di atas. InsyaAllah berkesan. Anda boleh menambah lagi 2 lagi sinergi iaitu herba untuk jantung (Habatussauda’) dan herba untuk ginjal/buah pinggang (Malac). Inilah keistimewaan Perubatan Jawi InsyaAllah. Amin.