Monday, October 19, 2009

STEVIA REBAUDIANA


Nama saintifiknya STEVIA REBAUDIANA bukan saja indah pada nama tetapi unik kerana khasiat dihasilkan daunnya boleh menggantikan gula. STEVIA merupakan pemanis semulajadi yang tidak mengandungi kalori dan ekstraknya mengandungi kemanisan 300 kali ganda lebih manis dari gula biasa. kajian mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu steviosid tidak mengandungi toksid boleh menurunkan tekanan darah dan baik untuk pengidap diabetis. Fakta daripada Dr. Julian Whitaker's (MD Health & Healing, Dicember 1994 , Vol 4 No 12) http://www.stevia.com/

KELEBIHAN EKSTRAK STEVIA

1. Mengimbangkan kandungan gula di dalam badan
2. Meningkatkan kadar tenaga kepada tubuh badan
3. Melicin & memutihkan kulit serta awet muda
4. Sebagai pemanis semulajadi sesuai untuk semua golongan lelaki & perempuan
5. Membantu menurunkan kadar gula dalam darah ( sesuai untuk pesakit : Diabetis & Hypoglycemia)
6. Membantu menurunkan tekanan darah
7. Membantu sistem penghadaman badan
8. Membantu mereka yang mengalamai masalah insomnia
9. Berupaya mengawal berat badan yang berlebihan ( obesiti )
10. Meningkatkan stamina dan mencergaskan minda.

SOALAN : ADAKAH HPA MENGELUARKAN PRODUK DARIPADA HERBA STEVIA INI?

JAWAPANNYA : ADA.

SALAH SATU PRODUKNYA IALAH KOPI RADIX DIET. MAI SECAWAN

KOPI RADIX DIET

Friday, October 16, 2009

PENYATA BONUS HPA SECARA ONLINE

Semua ahli, pengedar dan pemimpin HPA boleh melihat dan menyemak BONUS BULANAN HPA mulai OKTOBER 2009. Sistem Maklumat HPA (MIS) telah membangunkan laman web ini bagi memberi kemudahan kepada pengedar untuk menyemak BONUS BULANAN masing-masing.

Pengedar boleh mendaftar keahlian mereka melalui laman web berikut :

http://hpa.com.my/bonus/

Thursday, October 8, 2009

PRODUK BARU


SARDIN


COKLAT RADIX


KACANG POTONG

SYAMPOO SINTOK


DEODORANT



MEE KUNING

KISMIS WAJAH BARU

Monday, October 5, 2009

SAMBUTAN AIDILFITRI KPU KULIM MERIAH

Kelab Pemimpin Utara (KPU) Kulim dan HPA Cawangan Kulim telah mengadakan Majlis Jamuan Aidilfitri pada hari Selasa, 29 September 2009 bersamaan 10 Syawal 1430 jam 9.00 malam. Program yang dihadiri oleh lebih 60 orang pengedar ini, diserikan dengan ceramah motivasi yang disampaikan oleh PJS Cikgu Nadzri Ahmad, PJ Us Syamizam Ibrahim dan PJ Misbahah Mohd Idris. Antara perkara yang ditekankan adalah semangat ukhuwwah dan niat yang ikhlas dalam memperjuangkan HPA. Turut hadir PJS Noormah bt Zainol, PJS Asnah bt PK Mustafa dan suami, PJS Us Mohd Zamri Bakar dan PJS Ustazah Siham Mohd Hashim serta Leader dan fasi-fasi Kulim.
Meeting Mingguan Kulim setiap malam Selasa kali ini telah dimeriahkan dengan sedikit majlis jamuan hari raya. Ianya bertujuan mengeratkan silaturrahim sesame pengedar dan membangkitkan semula semangat untuk kembali aktif dalam meneruskan perjuangan bersama HPA dalam memasarkan produk halal setelah sebulan meeting mingguan dihentikan bagi memuliakan bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Pada tahun lepas program jamuan hari raya dimeriahkan dengan aktiviti seperti mewarna untuk kanak-kanak, pertandingan masakan bagi wanita dan pertandingan kopi tarik yang telah 2 kali menjadi acara tahunan. Namun begitu, ia terpaksa dibatalkan memandangkan agak sukar untuk mengadakan mesyuarat AJK disebabkan masing-masing masih sibuk. Justeru itu kita mengantikan dengan jamuan malam meeting sahaja.

Alhamdulillah kehadiran yang tidak dijangkakan kerana majlis ini dianjurkan oleh staf cawangan dan sedikit bantuan dari beberapa orang leader dalam penyediaan makanan. Kerjasama yang baik ini diharapkan dapat diteruskan untuk masa-masa yang akan datang kerana mereka merupakan agen paling hampir dengan pengedar-pengedar di satu-satu kawasan. Terima kasih diucapkan kepada staff HPA Cawangan Kulim yang di ketuai oleh Roslan dan anak buahnya Din , Faisol, Ilia dan Syafinaz.