Saturday, July 4, 2009

PRINSIP JU'ALAH DALAM PERNIAGAAN MLM HPA

Seminar MLMS telah selesai kita adakan dengan keputusan daripada Panel Syariah bahawa MLM yang dijalankan oleh HPA adalah tidak terkeluar daripada muamalah Islam. Prinsip al Ju'alah iaitu peniagaan bersyarat dibentangkan dengan mendalam. Mengambil kira akad peniagaan awal bahawa syarikat akan memberikan bonus apabila penjual (pengedar) memenuhi syarat seperti Nilai Mata yang telah diputuskan.

Keuntungan diambil daripada syarikat jelas kelihatan kerana faktor ketentuan harga tidak beza dengan harga jualan konvensional. Jika harga menjadi terlalu tinggi bererti bonus tersebut diambil daripada pembeli dan di sinilah keunikan perniagaan HPA bahawa walaupun mengamalkan dasar MLM namun harga masih di paras biasa.

Al Ju'alah diterima pakai apabila wujudnya kesepakatan awal yang jelas bukanya samar-samar dan berlakunya keadilan dalam perniagaan. Tidak ada sesiapa yang menanggung rugi dalam transaksi ini. Walaupun pengedar tidak dapat memenuhi 50 NM namun bukan bererti pengedar rugi dan syarikat untung tetapi pengedar masih mendapat untung runcit yang tidak dapat jika membeli produk itu di pasaran konvensional.

Panel Syariah HPA :
1. Ustaz Ahmad Bin Ali (M.A Usul Fiqh, Universiti Al-Azhar)
2. Dr Mohd Nasir Hj Hamid (PHD Pengajian Islam UKM, Pensyarah UiTM)
3. Ustaz Basri Abdul Ghani (M.A Ekonomi Islam UM, Pensyarah UiTM)
4. Ustaz Nidho Abdul Rahman (B.A, M.A Al-Quran & Al-Sunnah, Al-Azhar)
5. Ustaz Khadafi Hj Rofie (B.A Al-Azhar, M.A Hadith UKM, Pensyarah UUM)
6. Prof Madya Dr Ishak Sulaiman (PHD Hadith & Muamalah University Of Wales, UK)
7. Ustaz Hasan Zaid Ramli (B.A, Al-Azhar, M.A Syariah UKM, Pensyarah IPTS)
8. Ustaz Hasbullah Ali (B.A Al-Azhar, M.A Syariah UKM, Pensyarah IPTS)
9. Ustaz Ahmad Adnan Fadzil (B.A Syariah Al-Azhar, Pengurus Pentadbiran HPA)
10. Y.B Ustaz Hashim bin Jasin (B.A Pengajian Islam Universiti Baghdad)
11. Ustaz Ya Ali bin Dahaman (B.A Al-Quran dan As-Sunnah UKM, M.A Perundangan Islam UM, Bekas Pensyarah UITM)

No comments:

Post a Comment