Tuesday, February 26, 2013

PBC Gelombang ke 2

Assalamualaikum.. 

Alhamdulillah, PBC G2 telah pun bermula dan kini menuju ke bulan ke 3. Kejayaannya amat memberangsangkan..hasilnya telah menampakkan kejayaan pada penjualan di Pusat Jualan Jitra iaitu di kedai saya sendiri. Mendung kelabu dan hitam telah berlalu, hadirnya setiap pengunjung dengan senyuman dan penuh keinginan untuk mengetahui info semasa. Terima kasih kepada HPA group terutama Tuan Haji Ismail bin Ahmad yang sanggup menghadapi setiap ujian yang maha getir ini dengan penuh senyuman. Juga tak lupa pada sahabat-sahabat seperjuangan tak kira dimana yang masih ada kasih dan cinta pada produk halal untuk seluruh ummah.

Sahabat..kita merupakan mata rantai yang menyambung perjuangan ini..PRODUK HALAL.. merupakan tanggungjawab kepada setiap yang bergelar muslim..Laksanakan dengan penuh berhemah dan berakhlak..semoga kita mampu bangun menandingi kuffar laknatullah yang sentiasa mencari ruang dan peluang untuk merosakkan umat Islam..Andai kita tidak mampu bersama berilah galakan dan buah fikiran yang positif semoga ALLAH masih menilai dan memberi sedikit ganjaran untuk memberatkan timbangan kita di sana nanti..

Fikirlah..andai ketika ini usia kita 40 tahun ..masih ada kah 20-30 tahun lagi untuk kita membangunkan semula usaha kita selama ini. Andai ada pun usia 60 tahun ,merupakan anugerah usia Rasulullah s.a.w namun apa yang mampu kita ideakan diusia sebegini...mungkin satu anugerah..
Renungkan dan buatlah keputusan yang terbaik bukan untuk kita tetapi untuk ummah hari ini dan seterusnya...

SELAMAT BERJUANG. WASSALAM

1 comment:

  1. Assalamualaikum..

    ReplyDelete